Salam....
1.Hari ini hari kedua aku bertugas kat UPNM.Kerja lom mencurah lg.Tapi insyallah pas ni mencurah mcm paip pecah.Pg ni gak aku dengar radio DIN BERAMBOI meninggal dunia akibat Denggi berdarah bukannya Virus Tikus seperti yg digembar-gemburkan.
2.Aku jalan2x semua floor utk bertemu dengan semua staf di UPNM.Aku jumpa balik Mejar Madinah(senior PALAPES).Dia ni pon pensyarah gak.Tapi kat Pusat Asasi Pertahanan UPNM.Makin bulat.huhuhu.
3.Pastu aku gi Masjid UPNM untk solat Jumaat.Abis jer solat aku kemas bilik dgn kawan2x yg sama jabatan.Mereka dpt bilik baru dan aku duduk lg dgn 2 orang Pegawai Sains yg kelakar dgn telatah mereka.
4.Petang ni jam 1600 kami main bola tampar sama2x dgn dekan FSTP.Sebelum tu lak aerobik dulu.Mcm2x gaya staf UPNM ni buat.huhuhuhu.Bestnya kehidupan mcm ni.Xda jurang kehidupan sgt.Masing2x enjoy dan profesional.Xler stress masa bertugas sama2x.Perjumpaan dgn NC lak batal.Sebab NC gi acara Puspanita.Susah nak tgk IPTA lain buat mcm ni.Semua staf riadah sama2x pada petang Jumaat tanpa mengira jawatan.Main penuh ukhwah dalam team yg dibuat.
5.Pastu penat jer main bola tampar main air jap kat kolam renang.Tapi aku xleh berenang sebab penuh dgn budak RMC.Enjoy gak ah team aku dpt no 2.itupun bermatian2x nak menang gak.....tapi akhirnya dpt kat team kasturi gak....
6.Pas dpt hadiah aku pon cau ah balik.Sebelum tu aku nak ucap terima kasih kat seorang staf FSTP yg tetiba belanja aku minum air.Warm welcome drink katanya.
Memaparkan catatan dengan label upnm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label upnm. Papar semua catatan
Jumaat, 2 April 2010
Khamis, 1 April 2010
Bermulanya Sebuah Kehidupan

Salam...
1.Hari ni 1 april 2010 aku mula bertugas sebagai seorang pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) dan genap 1 tahun aku xaktif dalam blog ni....
2.Hari pertama aku bertugas penat gak ah turun naik bangunan 11 tingkat ni...kejap ke Pejabat Fakulti kejap ke Canselori kejap lari ke Pusat Teknologi Maklumat.
3.Aku sampai awal kat Pejabat Pendaftar yang berada di Bangunan Canselori.Dekat setengah jam aku tunggu kat luar.Hahaha awal gila aku sampai,jam 0700 aku dah terpacak kat depan pintu masuk Canselori.Pastu lagi 5 minit jam 0800 baru ah ada staf yg buka pintu masuk tu.

4.Aku tunggu kat Pejabat Pendaftar dekat 30 minit, baru orang yang bertugas menguruskan rekod staf yang baru sampai kat pejabat.Hmmm lambat gila,janji jam 0800.
5.Setelah selesai kat Canselori au pun gerak ah ke Wisma Bestari yang menempatkan Fakulti aku iaitu Fakluti Sains dan Teknologi Pertahanan(FSTP).Jumpa ah Ketua Jabatan yang cantik manis tu.Pastu aku jumpa Dekan Fakulti.Selepas dia tandatangan dan temuduga laor bertugas.Aku pun beredar ke Canselori balik untuk bagi semula dokumen yang patut diserahkan kepada Pendaftar.
6.Setelah selesai kat Canselori aku pergi semula FSTP untuk beramah mesra dengan semua staf akademik dan bukan akademik.Hampir semua staf yang aku kenal dan sempat gak gi 'nakal2x'.
7.Jam 1300 lak bas UPNM pun sampai ke foyer Wisma Bestari untuk membawa semua staf akademik ke PICC,Putrajaya untuk meraikan pelancaran Majlis Profesor Negara dan Pusat Kecemerlangan Institut Pengajian Tinggi Awam.Universiti Kebangsaan Malaysia cuma berjaya dalam UMBI jer.Daripada 166 pusat penyelidikan yang ada kat ipta hanya 6 saja yg diiktiraf dan berjaya merangkul RM 3 juta wang rakyat utk projek penyelidikan universiti.IPTA yang berjaya 1 UM, 1 UKM, 1 UPM, 2 USM dan 1 UiTM. Tahniah ah kepada semua ipta yg berjaya.


8.Balik dari Putrajaya aku lepak jap dgn Sherry bincang pasal jurnal n proposal utk dapatkan geran penyelidikan.Pastu suami Sherry sampai aku pun gerak ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia utk berjumpa makcik.Makcik beli kek Keju Oreo...Balik jer dah nak hujan.Aku kebasahan gak ah sikit masa nak balik ke UKM.
9.Sampai jer bilik aku cepat2x mandi dan solat maghrib.Pastu aku gi kacau adik aku.Pas Isyak aku pun lelap dah...penat.......
Langgan:
Catatan (Atom)
