Isnin, 6 April 2009

Kewajipan Melestarikan Keamanan Dan Kemerdekaan Negara

sumber : sulit darihal anggota

Salam,

Hari ni permulaan dalam hidup aku nak coret pandangan aku dalam web log atau blog yang agak popular ni iaitu www.blogger.com ni.....sebelum ni aku banyak tulis kat blog friendster jer......boring gak dalam beberapa hari ni xmenulis.....so sekarang aku xmau story life aku tapi nak tulis pandangan aku terhadap topik yang aku highlight tu.....sebelum tu apa yang aku dapat dalam wikipedia mendefinasikan kemerdekaan itu sebagai Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan.....

Banyak pengalaman yang aku timba setakat tahun 2009 ni....aku pernah jumpa dengan seorang wanita yang aku lebih mesra menggelarkan dia IBU di Cameron Highland semasa aku membincangkan hal berkenaan program kadet aku di sana.....sambil2 berbincang tkeluar juga topik kemandirian dan jati diri org muda di negara kita ini dalam arena politik semasa negara..... dalam perbincangan itu ibu berpesan supaya tidak mudah terpedaya dengan agenda pembangkang terutama PKR... mmmmmm banyak info yang aku dapat dan membangkitkan lagi semangat aku utk menjaga tanah tumpah darahku ini..... tapi aku setuju pendapat ibu apabila dia menyokong kalo org melayu ini bersatu hati..... xpayah ada parti politik len...aku rasa patut wujud parti perkasa seperti dahulu yang memperjuangkan 2 entiti dalam satu parti iaitu perjuangan org melayu dan kesyumulan Islam itu sendiri.....kenapa mesti ada 2 parti org melayu yg bercanggah ideologi masing2..... ok itu pandangan politik aku yg aku faham...minta maaf jika ada kekhilafan dalam penafsiran aku.....

Aku sebagai org muda memang nak lihat negara aku ini aman damai dalam pelbagai etnik dan bangsa..... aku sokong jer mana2 pemerintah yang betul2 memperjuangkan hak rakyat dan kestabilan negara.... paling aku kagum ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir.... walau pada mulanya aku suatu ketika dahulu di zaman persekolahan amat mengkritik kemodenan yg di bawa oleh Bapa Kemodenan ini.... tapi bila aku dah besar ni aku nampak keikhlasan hati dia dalam mentadbir negara ini ke kemuncak kejayaan sehingga peta malaysia sentiasa di "google" oleh masyarakat antarabangsa.... pernah suatu ketika dahulu semasa aku berada di Itali org tidak mengenali negara malaysia....sedih sungguh...

Tapi sekarang sebut jer negara malaysia pandangan org antarabangsa amat positif sekali dan mereka mengetahui kewujudan negara malaysia di asia tenggara....tapi sayang sekali apabila masayarakat muda tidak menghargai nilai kemerdekaan negara kita....berapa jumlah mereka yang sanggup menganggotai barisan pahlawan ketenteraan tanpa imbuhan kewangan....aku amat sanjung tinggi org zaman dahulu yg ikhlas memperjuangkan nasib pribumi ini daripada dijajah oleh bangsa inggeris....yang paling aku takut kesyumulan agama Islam diragut sekali.....tapi Allah Maha Berkuasa.... masyarakat melayu xkan berganjak ke agama lain selain Islam....

Sekarang ini kalo tanya mereka yang menganggotai ketenteraan mesti tiada pilihan len dalam dunia pekerjaan...maka timbul istilah manja dalam dunia ketenteraan...apabila disuruh melakukan aktiviti yang lasak sedikit sudah pandai mengadu ke panglima angkatan tentera dan menteri di kementerian pertahanan....dan paling aku kecewa lagi apabila ada pula ahli parlimen yang membangkitkan isu ini di parlimen....mempersoalkan deraan ke atas ahli komando dalam aktiviti mereka.... itu merupakan sebahagian daripada latihan asas mereka utk ketahanan fizikal.... memang betul kita tidak boleh mendera sesama manusia...aku sokong sangat....tapi ini komando....mereka ini banyak menyimpan rahsia negara....kalo mereka ini dilatih seperti bapok di jalan haji jaib maka musnah dan rapuh ah pertahanan negara....janganlah isu ketenteraan ini dipolitikkan....xkira ah dpd parti kerajaan atau pembangkang.....lebih baik bicangkan bagaimana kita masyarakat di Malaysia utk aman dan melestarikan kemerdekaan negara kita kan bagus....yang kerajaan cadang bagaimana nak lestari yang pembangkang bangkang lak jika cara itu tidak sesuai...lagi bagus...betul x????

Tapi nak pertahankan negara ni perlu kepada tenaga warga muda di Malaysia.... tapi aku sedih bila fakta mengatakan ramai kaum lelaki yang meringkuk di pusat pemulihan dadah....belum lagi yg tlibat dgn jenayah dan juga yg bertukar hala nak jadi perempuan.... maka siapa lagi nak mempertahankan kedaulatan negara kita.....bagus cadangan kerajaan dahulu menubuhkan rejimen askar wataniah.... sekurang2nya di sinilah platform org2 yg mcm aku ni nak mempersiapkan diri mempertahankan negara....tipulah kalo aku katakan aku masuk dunia ketenteraan sukarela ini aku xmau imbuhan elaun yg diberi....tapi itu soal no.2...yg penting aku tau menggunakan senjata dengan betul dan selok-belok taktik ketenteraan dan juga kehidupan sebagai seorang tentera.....mana tau suatu hari nanti aku berpeluang jadi menteri di kementerian pertahanan....maka aku tau kepahitan dan kekurangan anggota tentera ni......xmustahil juga aku akan mereka sesuatu yg dapat mempertahankan negara aku tercinta ini....insyallah.....

1 ulasan:

  1. ni komen dia...huhu.
    1)terlampau panjang..pembaca jadi bosan nk baca panjang2.
    2)xde perenggan...karangan pon ada perenggan..kuakuakua..
    3)layout bole baiki lg..simple is ok..jgn crowded..
    4)wat dlm point pon ok..org senng nk baca..xpon ringkaskan kasi pendek..

    skang komen blog saya lak..

    http://kurakusakti.blogspot.com/

    BalasPadam