Selasa, 16 November 2010

SuMmArY oF 2010

Salam...

1. 2 feb 2010 - My proposal to post as Captain in Territory Army was submitted. Btw waiting approval from BPS....Hopefully got that post...

2. 24 mar 2010 - My annual event...huhu...btw It's not as I thought...hope She will celebrate it with a surprise but I gave her a surprise...waaa being up side down...hmmm celebrate it at Coconut Restoren at Times Square Hotel....Btw thanks for the gift...I appreciate it even though you give me a stone....

3. 25 mac 2010 - I got an offer letter after 6 months waiting like thump...I got an offer as a Educator at NDUM.....Alhamdulillah...blessed my late mom prayers....

4. 1 apr 2010 - Reported at NDUM after long study leave...Happy wif new students here...Thanks to Sheery coz brought me a walk around NDUM....

5. 2 may 2010 - My declaration as a PHD student to Dr Anton approved....happy...toink...toink...

6. 6 may 2010 - She started to be like a smuggler.....and I got my first student to teach..repeat paper student...waaa for 2 weeks to teach and evaluate him....ayoyo..btw she still not understand me and respected to my career...

7. 11 jun 2010 - My late 3rd brother pass away...miss him..he was most meaning to me...without his words and his spirit I didn't have much stronger as I'm now....

8. 9 jul 2010 - My late lovely mom was pass away too after a month ma late brother go to face Allah...Dearest God...give me a strength to face your conjectures....again, she didn't give her action and support....

9. 13 jul 2010 - My week to introduce ma self to ma students...and I was a pioneer to teach them DATA STRUCTURE....nightmare subject for CS student like me...hahaha

10. 31 aug 2010 - Thanks to all YLOC's members....took me to Genting and made me cheer again...

11. 1 sep 2010 - I was accident wif my new car...adeh...very up set lor...why he crash my car...

12. 10 sep 2010 - Hari Raya was cloudy and didn't meant to me....

13. 22 oct 2010 - Walk a round wif my student to Malacca Wonderland...waa syoookkkk...

14. 12 nov 2010 - My subject was taken to sit with ma students...hopefully they will pass it...

15. 15 nov 2010 - Marked paper and in the evening I go back home to meet ma father and my lovely mom cemetery...

huh...to much type..I was sleepy and tide....dada

Jumaat, 12 November 2010

KiSaH Di SeBaLiK SuTeRa DaMaI

Wahai KERANG andai engkau hadir esok pasti MEREKA akan tersenyum riang.
Andai dia PILIH pasti keputusannya menggapai bintang.
Apa itu TINGGInya pokok,
menyapu pada ARAS di tanah itu penuh dengan dedaun
dan DALAMnya puncak pada akar kebahagian.
Andai kau CARI mahligai itu pasti AYUNAN itu melambai sambil MELONJAK gembira.
ATAS dan BAWAH bergabung menari penuh syukur akan keagungan Tuhan.


Benarkah akan langsungnya damai pada lautan BUIH yang samar
MENGATUR citra bagi melerai kekusutan di jiwa.
PERNAHkah pada ARAS itu kuKIRA badai yang indah menghantui
setiap TITIK-TITIK yang berliku-liku.

Hulubalang-hulubalang MELAKA akan menggegarkan harinya tanpa belas.
Hadirnya sepuh KASTURI akan mewarnai hati jiwa-jiwa itu.
Pastinya KASTURI dikata URUTAN TETAP kedamaian
dan megah dengan buit-buit diHANTAR pada ASAS yang AKAN masyhur selamanya.

Andai tidak dibaca pada KAJI sulung dan KAJI si bongsu akan termetera kusutan jalar-jalar akar bagai meronta mohon dibelas.Namun KERANG itu sudah cukup nyaman untuk menjadi kudapan SANG SUTERA DAMAI....




Khamis, 11 November 2010

GAYA tErSeNdIrI SeMaSa PePeRiKsAaN

Salam...

Macam-macam gaya lor insan-insan di U Rimba Ni...Meh kita lihat gelagat mereka.....




sorry ah kepada insan-insan yang ada dalam gambar ni...huhuhu...candid sikit....

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah :

1. Semak jadual



Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan



Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan


Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan


Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan



Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.




7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti




Ahad, 22 Ogos 2010

Penawar Bagi Seorang Pelajar

Penyakit mudah tidur dan malas merupakan halangan utama bagi seorang pelajar untuk membaca dan belajar.

Pelajar yang berjaya selalunya mengurangkan waktu tidurnya,dia tidak mengalah kepada mengantuk dan malas.

Tips-tips yang boleh mengelakkan seseorang pelajar daripada tidur:

1: Jangan Turutkan Perasaan

Apabila sesorang itu mengantuk dan berasa malas,jangan turutkan perasaan itu,sebaliknya ubahlah ketempat lain atau lakukan aktiviti lain atau mandi atau berborak dengan kawan seketika,selepas itu dia akan cergas semula.

Apabila kamu menuruti perasaan kamu untuk tidur maka ia akan menjadi kebiasaan kamu apabila kamu terasa untuk tidur kamu terus tidur. Ini akan merugikan kamu di dalam pembelajaran.

“Barangsiapa menguasai nafsunya sekali dia akan mengusai dirinya selama-lamanya”

2: Fikirkan Kamu Adalah Harapan Umat Dan Agama

Apabila kamu terasa mengatuk dan malas, kamu cuba fikirkan kamu adalah harapan agama dan umat. Cuba bayangkan betapa ruginya agama dan umat apabila kamu tidur.
Sebagai seorang pelajar kamu harus sedar bahawa ramai dikalangan umat Islam tidur waktu pertengahan malam atau tidur sampai kesubuh, kalau yang berjaga pun, dia tidak membaca buku.
Maka kalau kamu sebagai pelajar pun tidur, maka siapa yang akan mempertahankan agama dan umat ini, dalam masa yang sama agama dan umat akan lemah dan ketinggalan.

3: Membaca Buku-Buku Kisah Orang Berjaya

Di antara perkara-perkara yang membantu seseorang pelajar tidak mudah tidur dan malas ialah membaca buku-buku kisah orang yang berjaya. Pembacaan seperti ini penting untuk menanam minat dan semangat untuk mencapai kejayaan di dalam menuntut ilmu.
Apabila sesorang pelajar selalu membaca buku-buku kehidupan ulama,dia akan mendapati bahawa kejayaan di dalam menuntut ilmu tidak akan dicapai dengan berehat sebaliknya ia dicapai dengan kepenatan.

Berkata seorang ulama

“Tidak akan merasai nikmat ilmu mereka yang tidak merasai kepenatan di dalam menuntut ilmu”.

Pelajar perlu bezakan di antara kejayaan di dalam peperiksaan dan kejayaan di dalam ilmu. Kejayaan di dalam peperiksaan mungkin kita boleh capai dengan sedikit usaha tetapi ilmu tidak mungkin dicapai melainkan dengan usaha, sebab ilmu lautan yang perlu diredah. Dan kebiasaannya orang yang berenang dia merasai kepenatan.

4: Bergaul Dengan Orang-Orang Rajin

Di antara ubat yang paling mujararab seklai kita bergaul dengan orang rajin, tidak membuang masa kepada perkara –perkara yang sia-sia. Selalu menjaga waktunya. Menunaikan kewajipan sebagai pelajar. Tidak menangguhkan kerja yang boleh disiapkan hari ini kepada hari esok kerana sikap suka menangguh kepada hari esok itu adalah sikap orang-orang lemah. Kata ulama, manusia seperti angin,kalau ia berada ditempat yang wangi,ia akan menjadi wangi,kalau ia berada ditempat yang busuk maka ia akan menjadi busuk. Begitulah manusia. Sebab itulah kata ulama

“ Duduklah dengan seseorang, kamu akan jadi sebangsa dengannya”.
Maka kita duduk dengan orang rajin insyallah kita akan jadi rajin.

5: Berdoa

Inilah senjata kita yang paling ampuh dengan kita selalu meminta doa kepada Allah agar dihindari penyakit malas dan mudah tidur bukan pada waktunya. Bacalah doa yang Nabi صلى الله عليه وسلم ajar

اللهم أني أعوذ بك من الهم والحزن، وأعوذ بك من العجز والكسل وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال

Ulanglah doa ini berkali-kali agar kita menjadi muslim yang rajin dan cergas serta kuat. Orang mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah Taala daripada mukmin yang lemah.

Selasa, 27 April 2010

Trapped

First time Sungai Besi Tol Plaza exit to south was congested with a column of transports. When I was arrive to UPM/Serdang exit gate, I saw a lorry was upside down in the middle of lanes. Maybe it happen when the tires was slip in raining day. So, despite of I'm riding the motorcycle, I am trapping in traffic jam in a few hours. Oh gosh..how I want to reach my home early......

Undergraduate Student Project Presentation

Salam....

1.Lately, I'm so busy to update my blog. Today a group of students present their Undergraduate Project. Many of them have good enough creativity to develop a system to solve a problem in theme of military organization.


2.A few of them good in presentation despite of had a little defect in their own project. In addition, they not enough time to do a complex task in their project because of limited activities.


3.To A.H I hope you to be patient in what were happen to you. This is your first step to be matured to face your career soon.


4.I hope a few of mosquito who blame others student supervisor to be realize what they had been done. There was nothing wrong to advice and give an opinion but not to drop their motivation to gain their own creativity as a lesson.

5.Last but not least, As an academic staff we are commit to polish their creativity with their own efforts. We just advice and show the ways what they would be to do in the project themselves.

Isnin, 12 April 2010

Bengkel Untuk Masa Depan

Salam....

1.Pagi2x lagi aku dah gi kerja...semangat lak hari ni...pastu aku tgk atas meja ada 3 memo....2 memo kelulusan ip address dgn pw wifi...pastu 1 lg bengkel Penulisan Kertas Kerja Dana Penyelidikan....

2.Bengkel ni penting gak ah utk kami ni sebagai pensyarah....banyak benda sebenarnya yg kami xtau utk dpt kelulusan dpd mosti...so nilah peluangnya utk kita murnikan kertas kerja sebelum ni....bengkel ni dirasmikan oleh Dato' NC UPNM...ceria jer Dato' ketika berucap...

3.Xbanyak sgt benda buat hari ni sebab ada bengkel...aku lak kena buat Applied Research Fund...so aku kena ah buat miles stone n carta gannt...dah penat lelap dah...walau hakikatnya makcik macam ada sesuatu yg ingin dibicarakan hari ni....

Ahad, 11 April 2010

Jalan-jalan cari pasal....

Salam....

1.Pagi2x ahad ni aku bangun awal lak...nak repair motor aku....so aku gi ah call member aku si Ayid...jenuh tunggu dia sampai aku siap basuh semua baju2x aku....Ayid sampai jer aku pon terus jer ajak dia gi tgk cover set...sekali hampa ah...kedai yg biasa buka hari ahad tutup lak....

2.Pastu aku terus jer gi Sentul...dgn harapan dpt beli cover set baru...tapi hampa gak...cover set habis...hari Isnin gak aku dpt beli....Ayid jer ah dpt beli barang2x dia...

3.Untuk sedap an hati aku yg tgh panas ni aku pon gi ah beli peralatan ikan dgn ikannya sekali kat Jalan Pasar...so aku dah ada ikan yg cantik kat rumah...siap dgn feeder lg....

4.Balik jer UKM aku dah penat sgt....terus jer aku gi keluar makan dgn Ucop...pastu call makcik...hahaha...baru ok ini hari....Pelangi dah mula bersinar kembali....

Jumaat, 9 April 2010

Pelangi dan Perabot

Salam...

1.Aku sampai jer kat Sg Besi jam teruk....aiseh...ingat leh ah skip dpd jam ni bila ikut jalan baru...rupanya ada org accident pagi2x...

2.Pastu aku dapat akses ke Jurnal Teknologi Maklumat aku cari bahan utk next research aku....Motion sensor using machine vision...nampak senang..tapi...Hanya Tuhan saja yg tahu...pastu call makcik pujuk dia...hmmm semalam xdpt nak layan sgt dia sebab byk sgt benda nak kena buat dlm satu masa...aleh2x dah tido..apa lg merajuk ah dia....pastu aku dpt msg dpd Kak Ayu nak jumpa...terus jer aku balik UKM...aleh2x xda apa pon sgt nak bincang...pas solat Jumaat aku balik semula ke UPNM...baru nak siap utk kelas renang...hujan lak...lebat lak tu...hope dpt tgk pelangi....setelah aku berjaya memujuknya...

3.Aku xbalik UKM aku terus jer gi rumah mama cheras...rehat kat sana n mandi2x untk persiapan dinner Batalion Kasturi...Batalion Kasturi ni anak angkat Fakulti aku...so semua acara dorang kami kena support...go Kasturi Go....

4.Makan malam dgn Kasturi seronoknya...teringat zaman aku kadet dulu....buat persembahan utk senior2x...pastu kena kacau...haru biru dibuatnya...tapi itulah keseronokan yang xdapat dalam function org awam...

5.Balik dah lewat mata pon dah ngantuk...aku skip lg nak borak dgn makcik....ayoyai...kenapa aku buat dia macam ni...tapi aku betul2x penat....

Khamis, 8 April 2010

Simulator & Kisah Perabot

Salam...

1.Hari ni jumpa dgn budak sekolah lama aku kat UPNM...tapi aku xberapa kenal sgt dia ni...

2.Aku syok baca artikel hari ni...pastu En Hazali panggil aku utk tlg dia install software utk penyelidikan simulasi medan perang...lama juga ah nak install 3 dvd nak load....nampak gayanya pas ni leh ah tentera kita guna simulasi alam maya....

3.Petang lak aku mcm biasa ah gi kelas renang...balik penat dah...rehat jap baca surat khabar n tgk Penunggu Gunung Raya...pastu aku kemas bilik sebab dapat perabot untk bilik tidur aku...dah penat tertido sudah....

Rabu, 7 April 2010

Senyum seindah suria....

Salam...

1.Bangun jer pagi tadi aku hangin tul.....penggera bergerak aku xgerak an aku...nasib baik ah aku jaga sendiri.....aku terus jer mandi n bersiap utk ke UPNM....sebelum tu aku singgah kat pejabat kolej utk bagi kunci pendua bilik aku kat Kak Ina...sebab pagi ni ada org yg pasang cermin n tilam nak masuk....

2.Aku sampai jer kat UPNM...semua org pandang aku n aku tetiba lak terasa ada sesuatu yg xkena dgn penampilan aku hari ni....semua org jumpa aku senyum jer....adakah hari ni hari senyum sedunia....

3.perut pon dah lapar...aku pon terus gi makan kat gazebo...hilang kisah sebab apa org senyum.....lapar ma...pekena laksa pagi2x...huhuhuh....tgh syok makan, tetiba org jabatan pendaftar call suruh amik kad pintar....

4.hahaha...alamak asal pic aku dalam kad pintar ni kembang...nampak pelik gila....tapi oklah dpd xda...pastu aku dpt memo dpd PICT bagi aku akaun emel...tapi xleh bukak pon...

Selasa, 6 April 2010

Penat....dalam kesejukan

Salam

1.Pagi2x lg aku dah keluar bilik aku utk ke Pusat Perubatan Islam Azzahrah selepas receptionist dia telephone aku pagi2x...pas amik semua dokumen aku kat Azzahrah aku terus jer gi UPNM...sampai jer sheery dah ajak aku pi makan kat rumah kelab....cantik n eksklusif ah....

2.Pas makan aku terus jer sambung buat artikel...lepak2x n berbual dgn Lan...pukul 5 jer aku terus jer gi Kolam Renang UPNM...ada kelas renang...hohohoho bestnya main air...

3.Tgk langit mcm nak hujan...aku pun gi ah salin pakaian...pastu gi ofis utk amik beg n buku aku...turun jer dpd ofis....alamak hujan lah pulak....aiseh....dok termenung ah aku kat lobi pastu bosan aku naik balik kat ofis...

4.Ofis/bilik aku ni dah ler penghawa dingin berpusat...so sejuknya xtkira ah....nak2x lak hujan n org lak xramai yg ada kat bangunan tu...wooo mcm masuk peti ais....

5.Hujan berhenti pon aku xsedar sebab dah tlelap...aku pun terus jer gi kat motor utk balik ke Bangi...budak2x lak ramai dah call aku sebab aku ada wat pjumpaan dgn dorang...sepatutnya pukul 9 mlm...tp aku sampai kat Bangi jam 9.45 mlm...huhuhu...aku terus jer ah jumpa dorang...bagi taklimat apa yg patut dorang buat b4 semester ni tamat n perancangan semester hadapan....

6.Sampai jer bilik aku tgk mcm serabut jer....banyaknya perabot depan bilik/rumah aku....katil lak size queen...alamak mana muat bilik tido aku....tp dah org bagi amik jelah...aku panggil kadet jr utk tlg aku kemas bilik....siap setel pasang semua benda aku dah tlelap....sedar2x dah pukul 6 pagi......

Isnin, 5 April 2010

Penyelia Kumpulan Penyelidikan RFID

Salam.....

1.Bangun pagi mcm biasa jam 0630...pastu panas an air terus jer mandi...tgk baju2x dalam mesin basuh dah penuh...apa lagi putar an terus....

2.Pas solat subuh macam biasa ah exercise 5 min pastu makan vit c....buat air milo suam...kemas2x beg terus jer gi kerja.....

3.Sampai kat bilik Kak Alilah dah ada dalam bilik....aku pun terus jer letak beg bukak air cond...panas gila hari ni....bahangnya...pastu P.A NC call nak jumpa sebab ada urusan.Pas jumpa P.A aku terus pekena laksa kat GAZEBO UPNM ni...best siut....class ah laksa penang dia...

4.Selesai jer sarapan, terus jer gi bilik Sheery print out artikel...tp xbest lak sebab ink habis...terus jer jerkah bilik Alice In The Wonderland untuk sambung print out....

5.Siap jer semua aku terus bagi salinan artikel kat Sheery..pastu singgah jap bilik KJ...tanya pendapat dia tentang Modul Kerangka Penyelidikan yang aku buat ni....sambil2x berbual kami bicang gak ah pasal perkembangan budak2x SISKA UPNM ni...hahaha dugaan betul dgn SISKA ni rupanya....xpe ah aku cuba tangani nanti...tapi sambil2x tu KJ nak aku jadi PENYELIA untuk projek penyelidikan RFID...alamak...bukan kepakaran aku....tapi xpe ah cuba ah gak...mana tau rezeki nak dpt ilmu baru...

6.Balik dpd bilik KJ...Lan ajak keluar makan dgn Rizal n Man....kami makan kat mana entah...masin wooo nasi ayam goreng dia...tp still xleh lawan masakan nasi ayam goreng kat Muo....sebab aku rasa dorang buat nasi goreng pastu tambah ayam jer....Balik terus jer aku sambung cari bahan artikel n print out kat meja AIW..

7.Aku gi masjid solat Zohor aku jumpa ah beberapa budak SISKA ni yg aku kenal dulu2x masa aku wat part time kat sini....borak2x...pastu aku balik bilik sambung buat artikel....entah mcm mana aku dah tlelap rupanya...tjaga pon sebab Sheery dtg kejut aku sebab nak tgk artikel aku...pastu lepak2x jap kat bilik Kak Mus dgn Sheery...bincang pasal artikel n proposal penyelidikan yg kami nak wat nanti...rupanya aku salah sebut...annemometer kat Kak Mus...sekali aku check balik rupanya accelerometer..hahaha...tapi korang xleh tau ah apa aku nak wat dgn benda alah ni....

8.Pas borak aku terus capai kunci motor n kemas meja aku siap nak balik sebab hari nak hujan n cuaca pon begitu mbahang sekali...sampai jer kat Bangi aku makan roti lagi...dalam kepanasan....ayoooo...panasnya...

Ahad, 4 April 2010

Seharian Yang Menggembirakan

Salam

1.Bangun pagi2x exercise sebelum subuh....pastu solat subuh aku dah tlelap....

2.Tetiba bunyi phone...mama Sg Petani call...tanya pasal tempat kerja baru...jawab call dgn keadaan mamai...apa2x pun wish kat papa semoga dpt naik gaji setelah diinterview oleh PPD Sg Petani...Tahniah kat papa sebab dpt gak segulung ijazah akhirnya setelah lama xda sapa nak bagi semangat utk sambung study kat OUM...akhirnya nasihat aku berguna gak...

3.Pastu dpt msg dpd makcik..jom gi Alor Gajah....set...terus jer bangun solat n start enjin jalan ke Alor Gajah...

4.Sampai kat rumah kawan makcik org dah ramai balik...dapat makan asam pedas...huhu ikan tengiri...best...

5.Pas makan jalan dgn makcik kat Jusco Bandaraya Melaka...beli 2 pasang baju n Perfume...makcik belanja aiskrim...huhuhu...aku lak beli donut J.Co tp xbest sgt xmcm Big Apple...round2x Ayer Keroh...pastu balik ah dalam hujan renyai2x....

6.Sampai rumah makcik dah maghrib...pastu salam dgn ayah makcik terus jer balik bangi...tapi...alamak jam lah pulak kat Nilai..ada accident...5 biji terus...bersilang2x....aiseh...ni mesti pengaruh KL Drift punya hal...(sebenarnya lebih sesuai tukar ke Putrajaya: Drift Evolution 2)...korang mesti faham maksud aku...kalo korang dah tgk filem tu....

7.Sampai bangi terus jer tandatangan buku laporan pelajar...pastu aku menaip ler kat blog ni...pastu zzzzzzzzzzzzzzzzz

Jumaat, 2 April 2010

Universiti Yang Istimewa

Salam....

1.Hari ini hari kedua aku bertugas kat UPNM.Kerja lom mencurah lg.Tapi insyallah pas ni mencurah mcm paip pecah.Pg ni gak aku dengar radio DIN BERAMBOI meninggal dunia akibat Denggi berdarah bukannya Virus Tikus seperti yg digembar-gemburkan.

2.Aku jalan2x semua floor utk bertemu dengan semua staf di UPNM.Aku jumpa balik Mejar Madinah(senior PALAPES).Dia ni pon pensyarah gak.Tapi kat Pusat Asasi Pertahanan UPNM.Makin bulat.huhuhu.

3.Pastu aku gi Masjid UPNM untk solat Jumaat.Abis jer solat aku kemas bilik dgn kawan2x yg sama jabatan.Mereka dpt bilik baru dan aku duduk lg dgn 2 orang Pegawai Sains yg kelakar dgn telatah mereka.

4.Petang ni jam 1600 kami main bola tampar sama2x dgn dekan FSTP.Sebelum tu lak aerobik dulu.Mcm2x gaya staf UPNM ni buat.huhuhuhu.Bestnya kehidupan mcm ni.Xda jurang kehidupan sgt.Masing2x enjoy dan profesional.Xler stress masa bertugas sama2x.Perjumpaan dgn NC lak batal.Sebab NC gi acara Puspanita.Susah nak tgk IPTA lain buat mcm ni.Semua staf riadah sama2x pada petang Jumaat tanpa mengira jawatan.Main penuh ukhwah dalam team yg dibuat.

5.Pastu penat jer main bola tampar main air jap kat kolam renang.Tapi aku xleh berenang sebab penuh dgn budak RMC.Enjoy gak ah team aku dpt no 2.itupun bermatian2x nak menang gak.....tapi akhirnya dpt kat team kasturi gak....

6.Pas dpt hadiah aku pon cau ah balik.Sebelum tu aku nak ucap terima kasih kat seorang staf FSTP yg tetiba belanja aku minum air.Warm welcome drink katanya.

Khamis, 1 April 2010

Bermulanya Sebuah Kehidupan


Salam...

1.Hari ni 1 april 2010 aku mula bertugas sebagai seorang pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) dan genap 1 tahun aku xaktif dalam blog ni....

2.Hari pertama aku bertugas penat gak ah turun naik bangunan 11 tingkat ni...kejap ke Pejabat Fakulti kejap ke Canselori kejap lari ke Pusat Teknologi Maklumat.

3.Aku sampai awal kat Pejabat Pendaftar yang berada di Bangunan Canselori.Dekat setengah jam aku tunggu kat luar.Hahaha awal gila aku sampai,jam 0700 aku dah terpacak kat depan pintu masuk Canselori.Pastu lagi 5 minit jam 0800 baru ah ada staf yg buka pintu masuk tu.


4.Aku tunggu kat Pejabat Pendaftar dekat 30 minit, baru orang yang bertugas menguruskan rekod staf yang baru sampai kat pejabat.Hmmm lambat gila,janji jam 0800.

5.Setelah selesai kat Canselori au pun gerak ah ke Wisma Bestari yang menempatkan Fakulti aku iaitu Fakluti Sains dan Teknologi Pertahanan(FSTP).Jumpa ah Ketua Jabatan yang cantik manis tu.Pastu aku jumpa Dekan Fakulti.Selepas dia tandatangan dan temuduga laor bertugas.Aku pun beredar ke Canselori balik untuk bagi semula dokumen yang patut diserahkan kepada Pendaftar.

6.Setelah selesai kat Canselori aku pergi semula FSTP untuk beramah mesra dengan semua staf akademik dan bukan akademik.Hampir semua staf yang aku kenal dan sempat gak gi 'nakal2x'.

7.Jam 1300 lak bas UPNM pun sampai ke foyer Wisma Bestari untuk membawa semua staf akademik ke PICC,Putrajaya untuk meraikan pelancaran Majlis Profesor Negara dan Pusat Kecemerlangan Institut Pengajian Tinggi Awam.Universiti Kebangsaan Malaysia cuma berjaya dalam UMBI jer.Daripada 166 pusat penyelidikan yang ada kat ipta hanya 6 saja yg diiktiraf dan berjaya merangkul RM 3 juta wang rakyat utk projek penyelidikan universiti.IPTA yang berjaya 1 UM, 1 UKM, 1 UPM, 2 USM dan 1 UiTM. Tahniah ah kepada semua ipta yg berjaya.



8.Balik dari Putrajaya aku lepak jap dgn Sherry bincang pasal jurnal n proposal utk dapatkan geran penyelidikan.Pastu suami Sherry sampai aku pun gerak ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia utk berjumpa makcik.Makcik beli kek Keju Oreo...Balik jer dah nak hujan.Aku kebasahan gak ah sikit masa nak balik ke UKM.

9.Sampai jer bilik aku cepat2x mandi dan solat maghrib.Pastu aku gi kacau adik aku.Pas Isyak aku pun lelap dah...penat.......