Khamis, 1 April 2010

Bermulanya Sebuah Kehidupan


Salam...

1.Hari ni 1 april 2010 aku mula bertugas sebagai seorang pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) dan genap 1 tahun aku xaktif dalam blog ni....

2.Hari pertama aku bertugas penat gak ah turun naik bangunan 11 tingkat ni...kejap ke Pejabat Fakulti kejap ke Canselori kejap lari ke Pusat Teknologi Maklumat.

3.Aku sampai awal kat Pejabat Pendaftar yang berada di Bangunan Canselori.Dekat setengah jam aku tunggu kat luar.Hahaha awal gila aku sampai,jam 0700 aku dah terpacak kat depan pintu masuk Canselori.Pastu lagi 5 minit jam 0800 baru ah ada staf yg buka pintu masuk tu.


4.Aku tunggu kat Pejabat Pendaftar dekat 30 minit, baru orang yang bertugas menguruskan rekod staf yang baru sampai kat pejabat.Hmmm lambat gila,janji jam 0800.

5.Setelah selesai kat Canselori au pun gerak ah ke Wisma Bestari yang menempatkan Fakulti aku iaitu Fakluti Sains dan Teknologi Pertahanan(FSTP).Jumpa ah Ketua Jabatan yang cantik manis tu.Pastu aku jumpa Dekan Fakulti.Selepas dia tandatangan dan temuduga laor bertugas.Aku pun beredar ke Canselori balik untuk bagi semula dokumen yang patut diserahkan kepada Pendaftar.

6.Setelah selesai kat Canselori aku pergi semula FSTP untuk beramah mesra dengan semua staf akademik dan bukan akademik.Hampir semua staf yang aku kenal dan sempat gak gi 'nakal2x'.

7.Jam 1300 lak bas UPNM pun sampai ke foyer Wisma Bestari untuk membawa semua staf akademik ke PICC,Putrajaya untuk meraikan pelancaran Majlis Profesor Negara dan Pusat Kecemerlangan Institut Pengajian Tinggi Awam.Universiti Kebangsaan Malaysia cuma berjaya dalam UMBI jer.Daripada 166 pusat penyelidikan yang ada kat ipta hanya 6 saja yg diiktiraf dan berjaya merangkul RM 3 juta wang rakyat utk projek penyelidikan universiti.IPTA yang berjaya 1 UM, 1 UKM, 1 UPM, 2 USM dan 1 UiTM. Tahniah ah kepada semua ipta yg berjaya.



8.Balik dari Putrajaya aku lepak jap dgn Sherry bincang pasal jurnal n proposal utk dapatkan geran penyelidikan.Pastu suami Sherry sampai aku pun gerak ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia utk berjumpa makcik.Makcik beli kek Keju Oreo...Balik jer dah nak hujan.Aku kebasahan gak ah sikit masa nak balik ke UKM.

9.Sampai jer bilik aku cepat2x mandi dan solat maghrib.Pastu aku gi kacau adik aku.Pas Isyak aku pun lelap dah...penat.......

1 ulasan: